Kanak-kanak merupakan anugerah Allah yang sangat berharga buat ibu bapa. Anak-anak juga merupakan amanah daripada Allah SWT yang perlu dijaga dan dididik dengan sempurna agar dapat berbakti dan mendoakan ibu bapanya di alam barzakh nanti.
Alam kanak-kanak merupakan waktu yang sangat penting dan kritikal untuk ibu bapa membentuk peribadi dan jatidiri anak-anak agar mereka membesar menjadi anak yang soleh dan manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Justeru, ibu bapa perlu berusaha melengkapkan diri mereka dengan ilmu dan kemahiran yang berkaitan dengan pendidikan kanak-kanak semenjak di alam rahim lagi sehinggalah lahir ke dunia. Selain itu, ilmu mengenai psikologi anak-anak sering diabaikan. Jika difahami sekali pun, ianya ditangani dari sudut yang tidak Islamik. Atas dasar inilah,
Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Kepala Batas, Pulau Pinang
mengambil inisiatif mengadakan seminar yang bertajuk
Anakku Soleh Anakku Cemerlang
Objektif
1. Memberi kefahaman kepada para ibu bapa, penjaga serta pendidik mengenai kanak-kanak dari aspek fizikal, psikologi dan sosial mereka. (Kanak-kanak dari lahir hingga 12 tahun)
2. Memberi panduan kepada ibubapa, penjaga serta pendidik kaedah yang terbaik untuk mendidik anak-anak seperti yang digariskan oleh agama Islam.
3. Memberi pendedahan kepada ibubapa, penjaga serta pendidik definisi anak yang cemerlang serta proses yang perlu dilalui untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Siapa Patut Hadir?
- Ibu
- Bapa
- Guru Tadika
- Guru Sekolah Rendah
- Bakal Ibu Bapa
- Bakal Guru
Pembentang Kertas Kerja
- Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi
- Hospital Sultanah BahiyahAlor Star, Kedah
- Pensyarah Usuluddin Kolej Universiti Islam Selangor
- Penerima Anugerah Maulidur Rasul Kolej Universiti Islam Selangor 1432 H
- Panelis Tanyalah Ustazah TV 9
- Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
- Pakar Psikologi Kanak-Kanak
- Pengusaha Tadika
Ustazah Razidah bt Adam
- Penolong Pengarah Kanan
- Pusat Pengajian Sains Dakwah
- Institut Latihan Islam Malaysia
Bila & Di mana?
14 Mei 2011 (Sabtu)
8.00 pagi hingga 5.00 petang
Dewan Utama
Institut Latihan Perindustrian
Kepala Batas, Pulau Pinang
Berapakah Perlu Anda Bayar?
Individu - RM30
Suami Isteri - RM50
Berkumpulan (5 orang ke atas) - RM25/seorang
Berminat Menyertainya?
1. Hubungi: